Sunday, November 24, 2013

Kakak.

macam macam lah yang berlaku.
Bismillahirrahmanirrahim.
ahad minggu lepas bersamaan dengan 17 november 2013, kakak aku sah jadi isteri kepada tunang dia. Alhamdulillah, semua jalan lancarzzz. pagi tu, akad nikah dekat masjid universiti, semua okay. sekali lafaz, aku macam "eh dah sah lah dorang?" "eh senang nya kawin." "eh nak kawin jugak lah" hahaha. tengahhari tu, majlis bersanding, aku sebagai adik (hehe) aku jadi pengapit kakak. aku amati suasana dan momen momen tu, sebab itu kan kira nya kali terakhir lah aku nak ber'kepit' dengan kakak. aku jalan belakang dia dekat red carpet, takut takut dia tersandung, aku berdiri sebelah dia di pelamin lap tangan dia sebab kena renjis. haa acamtu ler cascas jerr. lepastu, esok nya, aku rushing balik PJ sebab kelas pukul 2pm. haha.
harini bersamaan dengan 24 november 2013, majlis bersanding belah lelaki pulak. dekat mantin negeri sembilan. kitorang datang dengan niat nak hantar kakak aku je. so datang, bawak kakak dan abang ipar aku, pastu blahh balik bangi. emm tapi terkilan sikit lah sebab tak dapat tangkap gambar dengan kakak pakai baju pengantin tu. padahal aku dah pakai lawa lawa dah haha. so, esok kena rushing balik PJ sebab gua masih ada kelas at 2pm. zzz.
haha pahal bahasa aku ni formal and poyo sangat ni. macam nak kena tumbuk je. dush.
kakak, despite your grumpy and annoying attitude, i love you so much. thanks for everything. dari kecik rendah lagi dari kakak, sama tinggi, sampai lah lagi tinggi dari kakak (huehue), youve been a great sister for me. layan jelah kerenah gua masa kecik. rasa nak buat topeng hantu, haa buat. rasa nak main treasure hunt dalam rumah, haa main lah. rasa nak cat bilik color lain, haa jom lah pergi kedai belakang rumah. rasa nak pakai fake nails, haa jom hias fake nails. rasa nak duduk dalam bilik sambil cerita everything that happened pastu nak marah nak nangis nak let it all out, haa jom story-story. rasa macam nak bake cakes, haa ni tipu, kakak aku tak suka baking. aku yang kena bake. huehue. sedih siot, nak nangis pulak rasa. banyak memories between us. sorry kakak sebab masa diya lahir dulu, kakak macam nak buat diya jadi little princess girl. suruh main dengan barbie, suruh buat girly things, suruh pakai heels. tapi i didnt turn out that way haha. cenderung ke arah scrambler, converse, bmx and video games. sorry. tapi takpe, dengan bangganya i nak bagitau semorang, i lah yang pergi rescue kakak bila kakak menjerit sebab nampak lipas. hahaha amende lah, macam lari topik je. 
kak, walaupun gap beza umur kita 11 tahun. kau je lah kakak yang aku ada. nanti aku nak mintak tolong, ketuk pintu rumah, baik kau bukak. muahaha. love you sister. thanks and sorry for everything. 
time i kawin, you buat kan hantaran ok. :D

No comments:

Post a Comment