Saturday, October 5, 2013

rasa macam baru...

Bismillahirrahmanirrahim. post kali ni aku rasa nak tuils dengan bahasa ibunda. boleh berbunga poyo ala ala puitis sikit ayat. kahkah. lama tak jenguk blog ni. sejak sejak broadband overlimit, takde siapa rajin nak bayar dah. nak on pakai laptop pakai hotspot pun, ya Allah, slow nya. so bila dah ada di rumah ni, kita guna unifi sebaik baik nya. fuh laju gila. nak donlod lagu pun, satu kelip mata je dah habis. haha macam over exaggerate pulak.
sebenarnya macam macam dah berlaku. tiap kali ada drama tak kisah lah yang sedih mahupun yang gembira, mesti ada terdetik, 'nak tulis dekat blog gua lah nanti' tapi....non hado. kahkah.
sekarang tengah cuti study week. since paper aku jumaat ni 11/10/13, aku balik tidur rumah dulu. kenapa? sebab home sweet home. (dan sebab aku rindu mak bapak aku, tapi malu nak ngaku). short sem start 6 november. harap harap ada lah sorang dua member. takut dorang tak amek short sem, mati lah gua boleh mampus sebab keseorangan. :c carry mark untuk paper jumaat pun aku taktahu lagi. aduh runsing.
cepat rasa dah nak habis dah semester satu. bukan nak. dah habis dah pun. masing masing tengah final pastu balik lah kampung halaman. rasa macam baru je, tak sangka dah 4 bulan gua digelar pelajar universiti. kahkah macam poyo pulak.

semester satu.
rasa macam baru daftar uia haritu. lepastu tertanya, kenapa semorang pakai socks? such a weird environment. padahal gua yang pelik, masuk kawasan islamic, dan tak tutup aurat (kaki pun aurat. aku pun baru sedar haha). rasa macam baru dapat kunci untuk mahalah khadijah bilik A805, dan berjumpa rumet (roommate) gua. haha. rasa macam baru je cakap saya/awak dengan amal (ye, di awal perkenalan kami guna saya/awak. lepastu macam, takleh jadi ni, gua naik rimas pakai saya awak. haha). rasa macam baru je ta'aruf. rasa macam baru je sesat cari kelas for the first time. cari mana block e, mana smawp, mana annex. haha. pastu rasa macam baru je sesat cari dobi dekat tingkat 4. haha dah terang terang tampal *coin laundry between wing B and C* nak jugak masuk wing A, tanya kat ne. haha bapak loser sia aku. rasa macam baru je pergi kelas first (kelas arab block e019, ustaz aman), and without knowing anything, duduk senyap senyap je. haha nasib baik ada ili, dan nadrah afterwards. and alhamdulillah, now, we are the trio! :) apa lagi ek rasa macam baru lagi. oh, rasa macam baru jumpa bebudak ni yang menggembirakan hari hari aku di cfs. amal, ajun, laila dan ain. thanks korang. xoxoxo

No comments:

Post a Comment