Wednesday, May 29, 2013

Post Pasrah.

Terasa. Memang terasa. Terasa apa? Terasa kekosongan. Kawan-kawan semua dah sambung belajar. Gua sorang je kot yang masih di bangi. Masih bangun lambat dan pergi 'morning drive' pada pukul 12 tengah hari. Memang kosong. Kalau ada duit lebih, pergi lah makan lunch. Kalau tak, buang minyak lepastu balik rumah. Rasa sangat lah kosong. Kalau tak, dah ajak kawan-kawan pergi teman lunch. Tapi sebab gua sorang je ada dekat bangi kan. Tengok masing-masing update pasal orientasi, memang sakit. Rasa nak gila jugak lah sejak kebelakangan ni.
Itu satu hal. Yang pasal masa depan gua ni lagi lah sedih. Nak sangat sambung psikologi. Ha, sekarang psikologi entah ke mana, masa depan pun entah lah. Tak faham betul kenapa course human science nak budak sastera. Gua ingat kalau ambil science stream, nak masuk course mana-mana pun boleh. Kalau tahu since dulu, takde lah gua bersusah payah nak tidur lambat study addmath bio chem phy. Bukannya minat pun, kena paksa ambil pulak tu. Tapi yelah kan, benda dah lepas. Result spm pun dah keluar, nak buat apa je. Life must go on. 
Parents pun macam tak membantu. Bukan apa lah, tapi...entahlah. Gua tak punya kekuatan untuk menyuarakan pendapat. Yelah, siapa je gua ni? Budak hingusan je di mata diorang. 
Harap-harap lah rayuan upu gua di terima. Walaupun bukan course yang gua nak. Lantaklah, asal kan dapat penempatan. Gua nak jugak merasa masuk universiti awam. Sedih lah. Mana ada orang faham pasal sedih mcam ni. Semua kan dah start sambung belajar. Dah ada new life. Gua je still dengan kehidupan lampau dekat sini.
Kalau difikir, gua agak-agak memang bond dengan yang lain pun putus. Sorang dekat tengah bandaraya kl. Dua tiga orang dengan nun utara sana. Sorang dekat negeri darul makmur. Yang lain-lain pun dah ada penempatan. Mana nak ingat gua. Kadang-kadang rasa macam nak tanya diorang 'lu orang tak malu ke kawan dengan gua yang tak dapat penempatan ni? Still duduk rumah je.' Tapi, biarlah gua meroyan sorang-sorang.
Entah lah. Memang maha loser lah. Dalam kehidupan, dalam perhubungan, dalam persahabatan. Apa entah nak jadi. Malu. Sakit. Sedih. Kosong. 

No comments:

Post a Comment